Monday, May 21, 2012

PENGURUSAN


Dijalankan dalam bentuk usahasama di antara Jabatan dan Badan Sukarela. Satu Lembaga Pengurus dilantik untuk mengelolakan rumah ini. Ahli-ahli Lembaga Pengurus terdiri dari orang-orang tempatan yang mempunyai minat dalam kerja-kerja sukarela dan mempunyai kepakaran serta pengalaman di dalam bidang kebajikan kanak-kanak.



Sunday, May 20, 2012

KEMUDAHAN

1. Tempat tinggal dan makan minum percuma.
2. Keperluan harian seperti pakaian dan wang saku.
3. Kemudahan persekolahan/kelas-kelas bimbingan dan ajaran agama.

HAD UMUR

Berusia 7 hingga 18 tahun (perempuan dan lelaki)

KATEGORI KANAK-KANAK

1. Anak yatim
2. Anak-anak yang terbiar termasuk kes-kes penganiayaan, terdampar dan sebagainya.

LATAR BELAKANG

RTH Darul Hilmi merupakan sebuah Rumah Kanak-kanak Sistem Keluarga yang mengamalkan pedekatan baru dalam konteks jagaan kanak-kanak yang ditempatkan bersama Ibu Bapa Pelihara yang dilantik oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu.

RTH Darul Hilmi merupakan projek utama di Negeri Terengganu dan yang ketiga berjaya dilaksanakan di Malaysia.

RTH Darul Hilmi mempunyai 2 fasa, Fasa pertama terdiri dari 2 unit rumah iaitu Blok A dan Blok B. Didirikan hasil sumbangan ikhlas arwah Haji Ibrahim Hilmi di alamat Tuan Haji Mohd Ali Bin Haji Ibrahim, 1914, Taman Bukit Chendering, Kuala Terengganu. Pembinaannya siap pada 8 Oktober 1993 dengan nilaian lebih kurang RM 170,000.00. Fasa kedua juga terdiri dari 2 unit rumah iaitu Blok C dan Blok D. Didirikan hasil sumbangan ikhlas dari keluarga korporat Allahyarham Tan Sri Yahya bin Ahmad, Bekas Pengerusi DRB HICOM, Kuala Lumpur dengan nilaian lebih kurang RM 200,000.00. Rumah ini beroperasi sepenuhnya pada Mei 1999.

Setiap unit boleh menampung 10 orang kanak-kanak dengan Ibu Bapa Pelihara tinggal bersama. Ibu bapa Pelihara bertanggungjawab menyediakan makan minum, memberi asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak tersebut. 


PERASMIAN

Dirasmikan oleh Yang Behormat Dato' Napsiah Binti Omar, Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 7 Mei 1994.

OBJEKTIF PENUBUHAN

RTH Darul Hilmi merupakan satu langkah positif Jabatan untuk menggalakan penglibatan semua pihak dalam kerja-kerja kebajikan selaras dengan seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat penyayang.