Sunday, May 20, 2012

LATAR BELAKANG

RTH Darul Hilmi merupakan sebuah Rumah Kanak-kanak Sistem Keluarga yang mengamalkan pedekatan baru dalam konteks jagaan kanak-kanak yang ditempatkan bersama Ibu Bapa Pelihara yang dilantik oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu.

RTH Darul Hilmi merupakan projek utama di Negeri Terengganu dan yang ketiga berjaya dilaksanakan di Malaysia.

RTH Darul Hilmi mempunyai 2 fasa, Fasa pertama terdiri dari 2 unit rumah iaitu Blok A dan Blok B. Didirikan hasil sumbangan ikhlas arwah Haji Ibrahim Hilmi di alamat Tuan Haji Mohd Ali Bin Haji Ibrahim, 1914, Taman Bukit Chendering, Kuala Terengganu. Pembinaannya siap pada 8 Oktober 1993 dengan nilaian lebih kurang RM 170,000.00. Fasa kedua juga terdiri dari 2 unit rumah iaitu Blok C dan Blok D. Didirikan hasil sumbangan ikhlas dari keluarga korporat Allahyarham Tan Sri Yahya bin Ahmad, Bekas Pengerusi DRB HICOM, Kuala Lumpur dengan nilaian lebih kurang RM 200,000.00. Rumah ini beroperasi sepenuhnya pada Mei 1999.

Setiap unit boleh menampung 10 orang kanak-kanak dengan Ibu Bapa Pelihara tinggal bersama. Ibu bapa Pelihara bertanggungjawab menyediakan makan minum, memberi asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak tersebut. 


No comments:

Post a Comment